fb fb fb fb fb

10 terkorban letupan gas lombong arang batu

Gambar fail AFP

BEIJING, 13 Januari - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala enam lagi hilang dalam insiden letupan gas di lombong arang batu di wilayah Henan, China.

Menurut laporan media tempatan CCTV, tragedi itu berlaku pada 2.55 petang waktu tempatan, semalam di Pingdingshan.

Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan.

Sementara itu, menurut agensi berita Xinhua, ketika letupan berlaku, terdapat 425 pekerja di dalam lombong itu.

Lapornya, semua pihak yang bertanggungjawab dalam operasi lombong itu kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Pada 2022, berdasarkan data rasmi, seramai 245 orang maut dalam 168 kemalangan melibatkan perlombongan.

Sementara itu, bulan lalu, seramai 12 orang terbunuh dan 13 cedera dalam kemalangan perlombongan di pinggir bandar Jixi di timur laut wilayah Heilongjiang.

Sementara 11 lagi terbunuh pada November dalam kemalangan di lombong arang batu lain di wilayah yang sama.

Dan pada bulan September, sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam kebakaran lombong arang batu di wilayah Guizhou barat daya China. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN