fb fb fb fb fb

Seorang maut, dua helikopter bertembung di New Jersey

Foto REUTERS

NEW JERSEY, 29 Disember – Sekurang-kurangnya seorang maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dua helikopter bertembung di udara sebelum terhempas di Hammonton, New Jersey, pada Ahad, kira-kira 55 kilometer tenggara Philadelphia.

Menurut Jabatan Polis Hammonton, kedua-dua helikopter terhempas berhampiran Lapangan Terbang Hammonton Municipal dengan salah satu daripadanya terbakar selepas jatuh.

Mangsa yang cedera dibawa oleh perkhidmatan kecemasan dalam keadaan kritikal.

Helikopter yang terlibat dikenal pasti sebagai Enstrom F-28A dan Enstrom 280C, masing-masing hanya membawa seorang juruterbang.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengesahkan kejadian itu berlaku akibat pertembungan udara, manakala Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) telah memulakan siasatan.

Maklumat lanjut mengenai mangsa akan disahkan oleh pihak berkuasa tempatan. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN