fb fb fb fb fb

Tiada kerosakan teruk dilaporkan susulan gempa bumi di wilayah Taiwan

Foto REUTERS

YILAN, 28 Disember – Tiada bencana besar atau kerosakan dilaporkan susulan gempa bumi di Daerah Yilan, Taiwan, disebabkan kedalaman fokus gempa yang agak dalam, menurut pihak berkuasa tempatan di wilayah Taiwan, China.

Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda perairan berhampiran Daerah Yilan pada pukul 23:05 Sabtu (Waktu Beijing), menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Pusat gempa dilaporkan terletak pada 24.67 darjah latitud utara dan 122.06 darjah longitud timur, dengan kedalaman 60 kilometer.

Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan gegaran susulan dan menasihati penduduk segera berpindah sekiranya mendapati kerosakan pada struktur rumah mereka.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan atau kerosakan harta benda diterima. Perkhidmatan kereta api yang terjejas telah bersambung semula, dan tiada kereta api atau penerbangan ditunda atau dibatalkan pada pagi Ahad. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN