Kenaikan harga minyak berpunca krisis tenaga global, gangguan laluan perkapalan

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 April -Isu kenaikan harga minyak yang sedang diperkatakan ketika ini berpunca daripada krisis tenaga global, bukannya tindakan sewenang-wenangnya oleh kerajaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gangguan laluan perkapalan di Selat Hormuz meningkatkan kos import minyak negara, menekan harga bahan api.
  • Malaysia menggunakan lebih banyak minyak berbanding pengeluaran, menyebabkan negara bergantung kepada import minyak.
  • Hampir 46 peratus import minyak melalui Selat Hormuz, menjadikan Malaysia terdedah kepada gangguan laluan perkapalan.
  • Ribuan kapal termasuk kapal Malaysia terpaksa menunggu giliran, mencetuskan kesesakan luar biasa di Selat Hormuz.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan, bahawa situasi semasa termasuk gangguan laluan perkapalan di Selat Hormuz telah meningkatkan kos import minyak negara, sekali gus memberi tekanan kepada harga bahan api.

“Malaysia ketika ini menggunakan lebih banyak minyak berbanding pengeluaran semasa, menyebabkan kita perlu mengimport, termasuk hampir 46 peratus melalui Selat Hormuz yang kini berdepan kesesakan kapal,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Wilayah Persekutuan 2026 di Bandar Tun Razak, semalam.

Beliau berkata antara faktor utama ialah situasi di Selat Hormuz yang kini menyaksikan kesesakan luar biasa apabila ribuan kapal, termasuk kapal dari Malaysia, terpaksa menunggu giliran untuk keluar masuk laluan tersebut.