
KUCHING, 4 April – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya merempuh pokok di Batu 8, Jalan Kuching-Serian, di sini awal pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Kemalangan berlaku di Batu 8, Jalan Kuching-Serian, sekitar pukul 3.00 pagi.
- Mangsa dikenal pasti sebagai Joanne Maryclaire Alfred, 22 tahun.
- Kereta dipercayai terbabas lalu merempuh pokok; kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Barry William mendedahkan, mangsa dikenal pasti sebagai Joanne Maryclaire Alfred, 22 tahun.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.00 pagi itu, mangsa dipercayai sedang menuju ke pusat bandar.
Siasatan awal mendapati, mangsa gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan merempuh pokok di bahu jalan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan akibat kecederaan parah di kepala,” katanya ketika dihubungi RTM.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.