fb fb fb fb fb

Penduduk Palestin kebumikan semula mayat yang digali dari perkuburan Gaza

FOTO AFP

BANDAR GAZA, 7 Januari - Penduduk Palestin yang berkabung pada Sabtu mengebumikan semula berpuluh-puluh mayat yang digali dari perkuburan di bandar Gaza, sejak Israel memulakan serangan darat terhadap pejuang Hamas Oktober lalu.

Rakaman video oleh AFP menunjukkan berpuluh-puluh mayat yang dibungkus dalam beg dan diletakkan di atas tanah.

Terdapat beberapa lelaki membantu mengebumikan semula mayat-mayat berkenaan.

Minggu lalu, Pejuang Hamas mengatakan pasukan tentera Israel memusnahkan 1,100 perkuburan serta mencuri 150 mayat 'syahid' yang baru dikebumikan.

Seorang penduduk Palestin yang hanya mahu dikenali sebagai Aliwa berkata mereka terkejut apabila melihat mayat-mayat berkenaan digali semula pada Sabtu.

Aliwa berkata tentera Israel menggilis mayat-mayat tersebut menggunakan jentolak.

“Kami kini sedang mendapatkan mayat yang terdapat di tanah perkuburan itu,” katanya sambil menambah hanya “sebilangan kecil” mayat telah dikenal pasti", kata Aliwa.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza,sehingga kini, 22,722 rakyat Palestin terbunuh sejak Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD