KIEV, 13 Januari - Rusia melancarkan puluhan serangan peluru berpandu serta dron ke atas Ukraine semalam.
Tentera udara Ukraine berkata, sebanyak 40 serangan udara musuh direkodkan dan menembak jatuh lapan peluru berpandu Rusia.
Kiev turut menggesa lebih banyak bantuan pertahanan udara.
“Bagaimanapun, lebih 20 peranti gagal mencapai sasarannya disebabkan langkah aktif dilaksanakan melalui peperangan elektronik,” kata tentera udara Ukraine.
Dilaporkan, Ukraine dan Russia saling berbalas melancarkan serangan dron di wilayah masing-masing ketika kedua-dua pihak meningkatkan serangan.
Kedua-dua pihak melancarkan banyak serangan ke atas infrastruktur dan aset yang penting.
Pendakwa raya Ukraine berkata, serangan peluru berpandu di timur laut rantau Sumy telah mencederakan seorang orang awam dan merosakkan 26 bangunan – AFP
ARTIKEL BERKAITAN: