KIEV, 4 Januari- Dua orang maut dalam serangan Rusia ke atas Ukraine pada Khamis selepas beberapa hari serangan berterusan yang meragut puluhan nyawa.
Menurut seorang pegawai, Kiev mempunyai peluru yang mencukupi untuk menahan beberapa serangan kuat Rusia, namun tidak lama itu akan memerlukan lebih banyak bantuan.
Seorang terbunuh dan lapan cedera dalam serangan di wilayah tengah Kirovograd, di kawasan kemudahan perindustrian," kata gabenor wilayah, Andriy Raykovych.
Sebelas kampung di wilayah timur Donetsk, yang menyaksikan beberapa pertempuran paling hebat dalam perang, menghadapi pelbagai serangan pada hari Rabu.
“Seorang maut dan tiga lagi cedera akibatnya,” kata kementerian dalam negeri sambil menambah bangunan kediaman, kereta, saluran paip dan talian elektrik rosak.
Kementerian itu juga menerbitkan imej bangunan yang sebahagiannya terbakar selepas lima peluru berpandu membedil bandar Kurakhove.- AFP