fb fb fb fb fb

Nahas Jeju Air: Presiden Korea Selatan mohon maaf, janji siasatan telus

Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung

SEOUL, 29 Disember - Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung memohon maaf kepada keluarga 179 orang yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air setahun lalu, sambil berjanji untuk mendedahkan kebenaran di sebalik tragedi itu.

"Sebagai presiden yang bertanggungjawab melindungi nyawa dan keselamatan rakyat, saya menyampaikan permohonan maaf yang sedalam-dalamnya," kata Lee dalam satu mesej video bersempena ulang tahun pertama tragedi penerbangan paling buruk dalam sejarah negara itu.

Ahli keluarga mangsa menuntut jawapan mengenai punca nahas, selepas penyiasat menangguhkan pengeluaran laporan siasatan pada 29 Disember 2024, apabila pesawat berkenaan melakukan pendaratan cemas dan merempuh benteng di hujung landasan.

Lembaga Siasatan Kemalangan Penerbangan dan Kereta Api bawah Kementerian Pengangkutan dalam laporan awal pada Januari menyebut bahawa kedua-dua enjin pesawat telah merempuh burung.

Namun, masih timbul persoalan mengenai kelemahan keselamatan, reka bentuk landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, serta tindakan yang diambil oleh juruterbang dalam tempoh beberapa minit terakhir penerbangan. -REUTERS

MASNIZA AWANG KECHIK