NAYPYIDAW, 29 Disember - Parti protentera Myanmar mendakwa memperoleh undi majoriti dalam fasa pertama pilihan raya umum yang dikendalikan oleh junta.
"Parti Kesatuan Solidariti dan Pembangunan (USDP) sedang mendahului di seluruh negara," kata pegawai parti.
Keputusan rasmi belum diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan Myanmar dengan dua lagi fasa dijadualkan berlangsung pada 11 dan 25 Januari depan.
Junta tentera telah membatalkan keputusan pilihan raya terakhir pada tahun 2020 selepas parti Aung San Suu Kyi, Liga Kebangsaan bagi Demikrasi (NLD) menewaskan USDP.
Tentera dan USDP kemudiannya mendakwa berlaku penipuan pengundi secara besar-besaran, dakwaan yang disifatkan oleh pemantau antarabangsa sebagai tidak berasas.
Namun pada Ahad, ketua tentera Min Aung Hlaing berkata, angkatan tentera boleh dipercayai untuk menyerahkan semula kuasa kepada kerajaan awam.
"Kami memberi jaminan pilihan raya ini bebas dan adil. Ia dianjurkan oleh tentera, kami tidak boleh membiarkan nama kami tercemar," katanya ketika ditemui media selepas mengundi di sini.
Pilihan raya semalam (Ahad) melibatkan 102 daripada 330 kawasan perbandaran Myanmar -pusingan pengundian terbesar daripada tiga fasa pengundian. -AFP