GAZA, 4 Januari- Jumlah kematian di Palestin kini meningkat kepada 22,313 orang akibat kerakusan tentera Israel di Gaza dengan 57,296 lagi cedera.
Dalam tempoh 24 jam lalu, sekurang-kurangnya 128 warga Palestin dibunuh dan 261 lagi mengalami kecederaan.
Israel pada Rabu meneruskan serangan udara di kem pelarian Nuseirat dan Jabali di bahagian tengah dan utara Gaza.
Pertempuran tentera Israel dan pejuang Hamas terus berlaku di Khan Yunis.
Menurut Hamas, Israel telah menembak lebih 45,000 peluru berpandu dan bom ke arah Gaza dengan jumlah berat lebih 65,000 tan.
PBB menyifatkan pembunuhan Timbalan Ketua Hamas, Saleh al-Arouri di Lubnan sebagai "amat membimbangkan" dengan bahaya limpahan konflik rantau yang lebih meluas.
Sementara itu, pasukan penyelamat bertungkus lumus membawa mereka yang tercedera ke hospital Al-Aqsa di bahagian tengah Deir al-Balah.
Anggota bomba pula berusaha memadam kebakaran akibat serangan Israel di kem pelarian Al-Maghazi dan sebuah rumah berhampiran hospital Al-Aqsa.- AFP