RUSIA, 6 Januari- Unit pertahanan udara Rusia menembak jatuh peluru berpandu dan dron di semenanjung Crimea dan bahagian barat Laut Hitam, kata Kementerian Pertahanan dalam dua laporan yang dikeluarkan semalam dan pada Sabtu.
Laporan awal kementerian menerusi aplikasi Telegram berkata unit pertahanan udara "mengagalkan percubaan serangan" dengan memintas lima dron di Laut Hitam pada kira-kira pukul 8.00 malam.
Laporan kedua berkata, empat peluru berpandu berpandu Ukraine telah dipintas dan dimusnahkan pada pukul 12.30 pagi pada Sabtu di Crimea.
Bagaimanapun tiada laporan mengenai kejadian itu daripada tentera Ukraine, yang tidak konsisten mendedahkan tindakannya di Crimea.
Ukraine meningkatkan serangan ke atas sasaran Rusia dan sekitar Crimea.
Tentera udara Ukraine melakukan serangan ke atas pos arahan Rusia berhampiran bandar Sevastopol pada Khamis. Ia diduduki unit tentera dalam serangan berasingan di Crimea.
Kementerian Pertahanan Rusia berkata unit pertahanan udaranya telah menjatuhkan sejumlah 36 dron Ukraine ke atas Crimea pada Khamis.- REUTERS