fb fb fb fb fb

OIC kecam serangan bom di Iran, 84 nyawa terkorban

Foto AFP

KERMAN, 5 Januari- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk serangan bom yang menyasarkan orang awam di Iran yang menyebabkan ramai terbunuh.

Setiausaha Agungnya, Hussain Taha menyuarakan solidariti kepada Iran yang berdepan peristiwa tragis itu.

Menurut kenyataan di portalnya, sekretariat OIC menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan Iran, rakyat dan keluarga mangsa serta mendoakan mereka yang cedera segera sembuh.

Dalam pengeboman pada Rabu di bandar Kerman, tenggara Iran, 84 orang disahkan terbunuh manakala 284 yang lain cedera.

Sementara itu, China yang terkejut dengan pengeboman itu menyatakan sokongan padu kepada Tehran.

Kementerian Luar Korea Selatan turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu.

Korea Selatan juga tegas dengan pendirian bahawa serangan pengganas tidak boleh dibenarkan dalam apa jua keadaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM