fb fb fb fb fb

Pilihan Raya Taiwan: Ching-te dari DPP mendahului 41.6 peratus undi

Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik (DPP) memegang kertas undinya untuk mengundi dalam pilihan raya presiden di sebuah stesen mengundi di sebuah sekolah menengah di Tainan hari ini/FOTO AFP

TAIWAN, 13 Januari - Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik (DPP) - Parti Hijau mendahului dalam kiraan undi Pilihan Raya Presiden Taiwan hari ini.

Ching-te yang juga merupakan penyandang kepada pemerintahan semasa dengan keputusan tidak rasmi meraih 41.6 peratus undi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat, Ching-te berada di hadapan pesaing terdekatnya Hou You-yi dari Parti Konservatif Kuomintang (KMT) atau Parti Biru di 60 peratus pusat mengundi.

You-yi pula meraih 33.2 peratus undi.

Pilihan raya Taiwan bermula seawal jam 8 pagi hingga 4 petang tadi menyaksikan 19.55 juta pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing di pusat mengundi di sekitar Taiwan.

Selain pilihan raya presiden dan naib presiden, sejumlah 113 kerusi Parlimen turut dipertandingkan termasuk 73 wakil daerah yang dipilih secara langsung.

Sebanyak 16 parti politik bersaing merebut 34 kerusi.

Lebih 83 peratus penduduknya layak mengundi di enam bandar terbesar iaitu Taipei, New Taipei, Taoyuan, Taichung, Tainan dan Kaohsiung.

Sebanyak 17,795 pusat mengundi dibuka dengan kertas undi akan dikira serta-merta manakala keputusan akan terus diserah kepada pihak berkuasa pilihan raya tempatan dan pusat.

GRACE AISYAH KEDAYAN