TAIPEI, 14 Januari- Presiden baharu Taiwan Lai Ching-te, berkemungkinan menghadapi tugas paling sukar apabila beliau akan memegang jawatan pada Mei dan terpaksa berdepan dengan kemarahan China yang berulang kali mengecamnya sebagai pemisah berbahaya.
Lai, yang memenangi pilihan raya Sabtu, berulang kali berkata semasa kempen bahawa dia mahu mengekalkan status quo dengan China, yang mendakwa Taiwan sebagai miliknya, dan menawarkan untuk berbincang dengan Beijing.
"Kami tidak mahu menjadi musuh kepada China. Kami boleh menjadi kawan," kata Lai, yang dikenali ramai dengan nama Inggerisnya William, kepada stesen televisyen Taiwan pada Julai.
Tetapi pada pandangan Beijing, Lai, 64, adalah seorang pemisah dan "pembuat masalah terus-menerus." Ia berkaitan komen yang pertama kali dibuat pada 2017 sebagai Perdana Menteri tentang menjadi "pekerja" untuk kemerdekaan rasmi Taiwan.
Pada tahun berikutnya dia memberitahu parlimen bahawa dia adalah "praktikal untuk kemerdekaan Taiwan." Kenyataan yang dikeluarkan tersebar dalam sebuah akhbar China, Global Times sehingga China mengeluarkan waran tangkap antarabangsa untuk Lai dan mendakwanya bawah Undang-undang Anti-Pemisahan China 2005. .
Lai menegaskan dia hanya bermaksud Taiwan sudah menjadi sebuah negara merdeka. Dalam kempen yang dilakukan, dia berpegang pada garis Presiden Tsai Ing-wen bahawa China-Taiwan "tidak tunduk kepada satu sama lain".
Menurut perlembagaan Taiwan, Republik China adalah sebuah negara yang berdaulat, pandangan yang dikongsi oleh semua parti politik utama Taiwan. Kerajaan Republik China melarikan diri ke Taiwan pada tahun 1949 selepas kalah dalam perang saudara kepada komunis Mao Zedong, yang menubuhkan Republik Rakyat.
Apa yang membimbangkan Beijing ialah idea Lai yang cuba mengubah status quo dengan mengisytiharkan penubuhan Republik Taiwan.
"Saya rasa China membencinya, sangat membencinya," kata Profesor Hubungan Antarabangsa di Universiti Fudan Shanghai Wu Xinbo. "Ia kerana jika dia dipilih sebagai pemimpin Taiwan, dia mungkin fokus dengan matlamatnya untuk kemerdekaan Taiwan, yang akan mencetuskan krisis merentasi Selat Taiwan."
Bagaimanapun China telah mengumumkan sekatan ke atas beberapa pegawai kanan Taiwan, termasuk rakan seperjuangan Lai, Hsiao Bi-khim, bekas duta de facto Taiwan ke Amerika Syarikat.- REUTERS