fb fb fb fb fb

Ukraine musnahkan 28 dron milik Rusia

Ukraine menembak howitzer L119 ke arah tentera Rusia/REUTERS

KYIV, 25 Disember- Rusia melancarkan 31 dron dan dua peluru berpandu yang menyasarkan selatan Ukraine semalam. Menurut Tentera Ukriane pertahanan udara Ukraine memusnahkan 28 dron dan kedua-dua peluru berpandu tersebut.

"Tentera Udara Ukraine dan pasukan pertahanan memusnahkan 28 dron di wilayah Odesa, Kherson, Mykolaiv, Donetsk, Kirovohrad dan Khmelnytskyi," kata Tentera Udara Ukraine menerusi hantaran di Telegram.

Dron itu dilancarkan dari Crimea, katanya.

Tentera berkata serpihan daripada dron yang jatuh merosakkan kemudahan teknikal di pelabuhan Odesa serta "bangunan pentadbiran dan gudang yang tidak beroperasi".

Di wilayah Kherson, kebakaran berlaku di sebuah gudang, kata tentera.

"Tiada orang awam yang cedera," tambah tentera.

Sebelum ini dua pesawat tentera Rusia telah ditembak berhampiran bandar Mariupol di Laut Azov di selatan Ukraine dan berhampiran bandar Donetsk.

Bagaimanapun Reuters tidak dapat mengesahkan laporan berkenaan pesawat yang dimusnahkan tentera udara Ukraine dan Rusia di lokasi berbeza. Perkara itu juga tidak mendapat maklum balas dari Rusia.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI