fb fb fb fb fb

Sambutan Krismas di kebanyakan kawasan di China suram

Penjual menyusun hiasan Krismas di sebuah pusat beli-belah di Beijing, China/REUTERS

BEIJING, 25 Disember- Pokok Krismas gergasi yang dihiasi dengan lampu dan kotak hadiah di pusat beli-belah bergemerlapan di bandar Shanghai dan Chongqing.

Namun perayaan itu seakan tidak diraikan di banyak bahagian di China.

Di wilayah barat daya Yunnan, sebuah syarikat pengurusan hartanah mengeluarkan notis kepada penyewa pusat beli-belah supaya tidak menjual kad dan hadiah Krismas kerana beranggapan ia merupakan tradisi luar yang tidak seharusnya diikuti secara "membuta tuli".

Sekolah-sekolah di beberapa bandar dari Dongguan di selatan hingga Harbin di timur laut turut menyeru pelajar dan ibu bapa supaya tidak mengikuti tradisi dan budaya asing.

China tidak mengharamkan agama Kristian atau melarang penyembahan Kristian namun ia mesti diurus dan dikawal dengan kerana risau dengan "pengaruh asing".

Hari Krismas bukanlah cuti umum di tanah besar China, kerana agama Buddha dan Taoisme adalah agama utama.

Wang Huning, anggota peringkat keempat Jawatankuasa Tetap Politburo parti yang diketuai oleh Presiden Xi Jinping, memberitahu kumpulan Kristian minggu lalu untuk "mematuhi arahan yang dikeluarkan untuk agama Kristian".- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI