fb fb fb fb fb

WFI digantung, terlibat gangguan seksual

Ahli gusti India Vinesh Phogat, Bajrang Punia, dan Sakshi Malik dalam sidang akhbar/REUTERS

NEW DELHI, 25 Disember- Persekutuan Gusti India (WFI) berdepan skandal gangguan seksual. Perkara itu menyebabkan Kementerian Sukan India menggantung dan memecat pegawai baharu yang dipilih.

Kementerian tersebut mengambil tindakan itu pada Ahad selepas persekutuan memilih presiden yang disokong oleh Brij Bhushan Sharan Singh. Singh didakwa atas gangguan seksual dan ugutan jenayah.

Bagaimanapun Singh menafikan sebarang salah laku dan diikat jamin.

"Badan yang baru dipilih nampaknya mengawal sepenuhnya bekas pemegang jawatan," kata kementerian itu dalam surat yang diperlihatkan kepada Reuters.

Kementerian itu tidak memberikan sebarang maklum balas. Singh dan penggantinya, Sanjay Singh juga tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen.

Sanjay Singh yang tidak mempunyai kaitan dengan Sigh dalam satu siaran di Reuters TV pada Ahad berkata, "Presiden sebelum ini mengumumkan persaraannya daripada pengurusan gusti... Saya akan meminta orang lain untuk meneruskan dan tidak membiarkan ia menjejaskan masa depan daripada ahli gusti."

WFI telah digantung oleh badan induk global sukan itu, United World Wrestling kerana gagal mengadakan pemilihan pegawai tepat pada masanya.

Ketika seorang ahli gusti wanita terkemuka telah tidak bertanding sebagai tanda protes terhadap keputusan pemilihan Singh.

Seorang ahli parlimen dari Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, dilihat meraikan kemenangan penyokong setianya.

Dalam surat itu, Kementerian meminta Persatuan Olimpik India membentuk jawatankuasa ad hoc untuk mengendalikan persekutuan dan berkata keputusan pemilihan menimbulkan "kebimbangan serius" mengenai "tadbir urus dan integriti WFI".

"Ini memerlukan langkah pembetulan segera dan ketat untuk menegakkan prinsip tadbir urus yang baik dalam organisasi sukan," kata kementerian itu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI