TOKYO, 16 November – Gunung berapi Sakurajima di selatan Jepun meletus awal Ahad, menghasilkan abu dan asap setinggi 4,400 meter (14,400 kaki) ke udara.
Tiada laporan kerosakan setakat ini di wilayah Kagoshima, lokasi gunung berapi itu, kata seorang pegawai tempatan..
Agensi Meteorologi Jepun meramalkan hujan abu di beberapa kawasan Kagoshima dan Miyazaki, sementara letusan berulang kali berlaku.
“Di kawasan yang dijangka mengalami hujan abu sederhana, sila ambil langkah perlindungan seperti menggunakan payung atau topeng muka dan memandu perlahan,” kata agensi itu.
Tahap amaran gunung berapi dikekalkan pada tahap tiga daripada lima, yang mengehadkan akses ke kawasan gunung.-AFP