fb fb fb fb fb

Puluhan ribu penduduk terjejas banjir di selatan Thai

Keadaan banjir di selatan Thailand/AFP

BANGKOK, 25 Disember- Berpuluh-puluh ribu penduduk di selatan Thailand terjejas banjir berikutan hujan lebat, kata pegawai pada Isnin. Beberapa jalan dan laluan kereta api terpaksa ditutup.

Sekurang-kurangnya lebih 12 buah sekolah di wilayah Yala dan Narathiwat terpaksa ditutup, manakala rakaman dari wilayah itu menunjukkan rumah dan kedai ditenggelami banjir dan penduduk berlindung di tingkat atas.

Tujuh buah bot turut karam di Teluk Thailand dan Laut Andaman sejak Jumaat.

Syarikat kereta api negeri itu hanya beroperasi sehingga ke Yala, kira-kira 100 kilimeter jauh ke sempadan Malaysia.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk di wilayah itu supaya bersedia untuk berpindah sekiranya banjir semakin teruk.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI