fb fb fb fb fb

Gaza terus digempur Israel

Keadaan di Gaza selepas serangan oleh rejim zionis Israel/AFP

GAZA, 25 Disember- Israel terus menggempur Gaza dan memburukkan lagi keadaan bagi penduduk di situ. Lebih 20,000 individu terkorban di wilayah Palestin dalam serangan yang dilancarkan oleh rejim zionis itu.

Serangan yang dicetuskan oleh Israel pada 7 Oktober lalu memburukkan lagi keadaan di Palestin.

Gaza terus menjadi lokasi serangan udara yang telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 20,424 individu terbunuh. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, kebanyakan yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 70 orang pada malam Krismas di kem pelarian Al-Maghazi.

Satu keluarga turut terbunuh dalam serangan Israel ke atas rumah mereka di kem Jabalia di utara Gaza, kata kementerian kesihatan.

Dalam serangan berasingan, kementerian berkata 18 orang terbunuh dalam serangan ke atas Khan Yunis.

Israel terus "mensasarkan sebuah rumah" di kawasan tengah Al-Zuwaida di Gaza dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI