fb fb fb fb fb

Siasat kematian orang awam dalam tahanan - Tentera India

Pagar duri dipasang di Teetwal di daerah Kupwara di utara Kashmir/REUTERS

SRINAGAR, 25 Disember– Tentera India memulakan siasatan ke atas kematian tiga orang awam yang di dalam tahanan tentera di Kashmir India, kata seorang pegawai tentera pada Isnin.

Penduduk di kawasan itu, menuntut India dan Pakistan, untuk menyoal siasat selepas serang hendap kenderaan tentera India pada Khamis.

Kejadian itu turut menyebabkan kematian empat tentera.

Siasatan itu diarahkan berikutan kematian orang awam, kata pegawai yang tidak dikenali dan tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

Serangan hendap di kawasan hutan Poonch di Jammu dan Kashmir menyebabkan 24 pasukan keselamatan terbunuh. Ia merupakan serangan besar kelima ke atas tentera India dalam beberapa bulan kebelakangan ini di wilayah itu.

India dan Pakistan masing-masing menguasai bahagian Kashmir yang majoriti penduduknya Islam.

Ketua tentera India Manoj Pande melawat Poonch pada Isnin untuk mengkaji kesiapsiagaan operasi tentera, kata jurucakap pertahanan Suneel Bartwal. "Saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai siasatan yang menyebabkan kematian orang awam di Poonch," katanya.

Pakistan "mengutuk sekeras-kerasnya" kematian orang awam, kata Kementerian Luar selain menggesa pihak bertanggungjawan perlu menyelesaikan perkara itu.

Ahli majlis perkampungan Topa Pir Mohammad Sidiq berkata, sembilan orang ditahan oleh tentera India untuk disoal siasat.

"Seorang daripada mereka dilepaskan manakala lapan yang lain diseksa, dan tiga, termasuk anak saudara saya Shoukat Ahmad, dibunuh," katanya.

Video mengerikan berkenaan lelaki yang dikatakan diseksa oleh tentera tular di media sosial. Ia menyebabkan kemarahan meluas di rantau itu.

Sidiq berkata, orang yang diseksa dalam video itu adalah lelaki yang ditemui mati berhampiran lokasi dalam serangan hendap.

"Di mana undang-undang dan keadilan? Adakah ini ganjaran yang kita dapat kerana menyokong tentera India di sempadan? Saya juga mendapat ugutan bunuh kerana meninggikan suara terhadap tiga kematian ini," kata Sidiq.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI