fb fb fb fb fb

Tiga maut, puluhan cedera dalam letupan di bengkel perabot

Foto X/ Voice of Europe

BAKU, 15 Januari- Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala puluhan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah bengkel perabot di ibu negara Azerbaijan, Baku pada Isnin.

Menurut pejabat pendakwa raya, kesemua mayat ditemukan di bawah runtuhan tersebut.

"Seramai 24 orang cedera dalam letupan terbabit.

"Setakat ini punca letupan masih dalam siasatan," menurut kenyataan tersebut.

Insiden terbabit berlaku seminggu selepas kebakaran di sebuah klinik bersalin di Baku sehingga menyebabkan empat bayi terkorban.

Pada April 2022, satu letupan tangki gas di sebuah kelab malam di ibu negara itu menyebabkan seorang maut dan mencederakan 37 yang lain. - AFP

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM