BEIJING, 19 November - China melancarkan roket pengangkut Long March-2C yang membawa tiga satelit baharu ke angkasa lepas, pada Rabu.
Roket itu berlepas pada pukul 12:01 tengah hari waktu Beijing dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut negara itu, sebelum menghantar satelit Shijian-30A, Shijian-30B dan Shijian-30C ke orbit yang ditetapkan.
Menurut pihak berkuasa angkasa China, satelit berkenaan akan digunakan terutamanya bagi penerokaan persekitaran angkasa dan pengesahan teknologi berkaitan.
Pelancaran itu merupakan misi ke-608 bagi siri roket Long March. -REUTERS