CARMEN DE ATRATO, 15 Januari- Angka kematian akibat tanah runtuh di barat laut Colombia baru-baru ini meningkat kepada 36 orang.
Presiden Colombia, Gustavo Petro berkata pasukan penyelamat masih bekerja keras mencari mangsa yang hilang.
Tambahnya, pasukan penyelamat menggunakan anjing dan jentolak bagi mengesan mangsa hilang berkenaan.
"Saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. Saya turut berdukacita dengan insiden yang berlaku," kata Petro kepada pemberita di sini.
Kerajaan Colombia sebelum ini mengisytiharkan 23 orang maut akibat tanah runtuh yang melanda jalan raya; menghubungkan bandar Medelin dan Quibdo.
Pada Disember 2022, tanah runtuh di Colombia mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang selepas kesemua mangsa terperangkap di dalam bas dan kenderaan lain. - AFP