GAZA, 14 Januari- Israel meneruskan pengeboman di Gaza pada Sabtu dan rejim zionis itu akan terus melakukan serangannya tanpa henti.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata Israel tidak akan dihalang oleh kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, berikutan tuduhan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
"Tiada siapa yang akan menghalang kami, bukan The Hague, bukan Axis of Evil, tiada siapa," katanya pada sidang akhbar, merujuk kepada Hamas, Hezbullah dan Houthi yang disokong Iran yang telah menawarkan sokongan mereka.
Lebih tiga bulan selepas serangan pada 7 Oktober ke atas Gaza yang mencetuskan perang, lebih 20,000 rakyat Palestin telah terbunuh. Sementara itu lebih 2.3 juta penduduknya terpaksa menuju ke kawasan kecil di selatan hujung enklaf.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan udara Israel ke atas sebuah rumah yang menempatkan dua buah keluarga telah membunuh 10 individu.
Bassem Arafeh memegang gambar seorang kanak-kanak yang maut dengan memegang sekeping roti berkata, keluarga di Rafah sedang makan malam apabila rumah itu diserang pada malam Jumaat.
"Kanak-kanak ini mati semasa dia lapar, semasa dia makan sekeping roti tanpa di atasnya, di manakah Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk melihat bagaimana kanak-kanak itu mati?" Kata Arafeh. "Di manakah umat Islam ... dan pemimpin dunia?"
Skala serangan dan pembunuhan di Gaza serta situasi kemanusiaan yang teruk mengejutkan pendapat dunia. Perkara itu menyebabkan gesaan untuk gencatan senjata. Afrika Selatan melancarkan kes sebelum ICJ menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai.
Tentera Israel terus melakukan lebih banyak seragan dan pembunuhan pada Sabtu di kawasan selatan Khan Younis dan di tengah Gaza.
Di tengah Gaza, penduduk melaporkan berlaku pertempuran tembak dan tembakan kereta kebal yang dilakukan oleh Israel yang menyasarkan kem yang dihuni penduduk Palestin di Al-Bureij, Al-Nusseirat dan Al-Maghazi.- REUTERS