GENEVA, 16 Januari- Sebanyak AS$1.5 bilion diperlukan Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu menyelamatkan nyawa berpuluh juta orang yang terkesan dalam kecemasan kesihatan global, termasuk di Ukraine dan Gaza.
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa hampir 300 juta orang di seluruh dunia dijangka memerlukan bantuan kemanusiaan dan perlindungan tahun ini.
"Antaranya, dianggarkan 166 juta orang akan memerlukan bantuan kesihatan kemanusiaan bagi menyelamatkan nyawa.
"Sejak 2024, WHO telah bertindak balas terhadap 41 krisis kesihatan termasuk 15 daripada kecemasan peringkat tertinggi," kata Tedros kepada pemberita di Geneva. - AFP