fb fb fb fb fb

Thaksin diheret ke mahkamah hina kerabat raja

Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra/Foto AFP

BANGKOK, 29 Mei - Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra berdepan tindakan undang-undang atas kenyataan yang dibuatnya hampir sepuluh tahun lalu yang dianggap mengkritik sistem monarki kata Pejabat Peguam Negara hari ini.

Jurucakap Peguam Negara, Prayuth Pecharakun, Thaksin akan dipanggil ke mahkamah pada 18 Jun ini bagi menjawab tuduhan yang dibuat terhadapnya di bawah undang-undang ketat ‘Lese Majeste’ monarki.

Lese Majeste adalah sebuah hukum atas tindakan penghinaan terhadap institusi raja Thailand.

Bekas Perdana Menteri Thaksin berusia 74 tahun itu digulingkan dalam insiden rampasan kuasa pada 2006 dan hidup dalam buangan selama kira-kira 15 tahun.

Selepas parti Pheu Thai menang dalam kerajaan campuran tahun lalu, beliau kembali ke Thailand.

Bagaimanapun Thaksin tidak boleh dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana dilaporkan mempunyai COVID.

Thailand mempunyai beberapa undang-undang fitnah diraja terkuat di dunia yang melindungi Raja Maha Vajiralongkorn dan kerabatnya.

Sesiapa yang didapati bersalah menghina atau mengancam raja, permaisuri atau pewaris takhta boleh dipenjarakan antara tiga hingga 15 tahun.

Winyat Chatmontree, peguam mewakili Thaksin, mengesahkan bahawa dia akan mencabar tuduhan itu.

"Thaksin bersedia untuk menunjukkan dia tidak bersalah melalui sistem undang-undang," kata Winyat kepada pemberita.

Undang-undang Lese-majeste telah digunakan lebih kerap selepas perhimpunan jalanan antikerajaan pada tahun 2020 dan 2021.

Pengkritik dan aktivitis menyifatkan undang-undang itu dilakukan untuk menindas wacana politik yang sah.

menurut peguam Hak Asasi Manusia untuk Thailand, lebih daripada 270 orang telah didakwa dengan lese-majeste sejak protes antikerajaan. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN