
LOS ANGELES, 16 Jun – Tunisia memecat jurulatih Sabri Lamouchi serta-merta selepas perlawanan pembukaan Piala Dunia yang menyaksikan pasukan itu dimalukan 1-5 kepada Sweden.
- Persekutuan mengumumkan Herve Renard dilantik mengendalikan Tunisia sehingga akhir Piala Dunia 2026.
- Renard pernah membimbing Arab Saudi meraih kemenangan mengejut ke atas Argentina pada Piala Dunia 2022.
- Sejak itu beliau berkhidmat sebagai jurulatih pasukan wanita Perancis.
- Kekalahan teruk kepada Sweden menjadikan tugas Tunisia sukar untuk mara, dengan perlawanan menentang Jepun dan Belanda menanti.
Perkekutuan bola sepak negara itu dalam siaran di TV kebangsaan turut mengumumkan pelantikan Herve Renard dari Perancis bagi mengantikan Lamouchi.
Lamouchi ialah jurulatih pertama dalam sejarah Piala Dunia yang dipecat selepas hanya satu perlawanan.
“Presiden Persekutuan Bola Sepak Tunisia, Moez Nassari mengumumkan bahawa perjanjian rasmi telah dicapai dengan jurulatih Perancis Herve Renard untuk beliau mengambil alih pasukan bola sepak kebangsaan sehingga akhir Piala Dunia 2026,” umum penyiar TV Tunisia.
Untuk rekod, Renard, 54, membimbing Arab Saudi meraih kemenangan mengejut menentang Argentina pada Piala Dunia 2022 di Qatar.
Sejak itu, beliau telah melatih pasukan wanita Perancis.
Kekalahan teruk kepada Sweden menyebabkan Tunisia menghadapi tugas sukar untuk mara ke pusingan kalah mati.
Mereka akan berdepan Jepun dalam perlawanan Kumpulan F, Ahad ini sebelum menentang Belanda pada 26 Jun. – AFP