Bank Jepun naikkan kadar faedah ke paras tertinggi dalam 31 tahun

Timbalan Gabenor BOJ, Shinichi Uchida ketika sidang media di sini / REUTERS

TOKYO, 16 Jun– Bank Jepun (BOJ) menaikkan kadar faedah kepada satu peratus, paras tertinggi sejak 1995.

RINGKASAN BERITA AI
  • BOJ menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat dasar, menurut Timbalan Gabenor Shinichi Uchida.
  • Inflasi terus menjadi kebimbangan kerana kenaikan harga meluas dalam pelbagai sektor, menyukarkan sasaran inflasi BOJ.
  • Uchida berkata prestasi ekonomi kekal mengikut jangkaan, dan risiko kemerosotan semakin berkurangan.
  • BOJ akan memantau ekonomi, pasaran kewangan dan inflasi; masih terdapat ketidaktentuan bekalan tenaga dan harga minyak.

Keputusan itu dibuat ketika inflasi terus menjadi kebimbangan meskipun keadaan ekonomi negara itu semakin stabil.

Timbalan Gabenor BOJ, Shinichi Uchida berkata, kadar faedah dinaikkan daripada 0.75 peratus kepada satu peratus selepas dipersetujui dalam mesyuarat dasar bank pusat itu.

Menurut beliau, prestasi ekonomi Jepun setakat ini kekal mengikut jangkaan.

Namun, kenaikan harga yang berlaku dalam pelbagai sektor boleh menyukarkan BOJ mengekalkan sasaran inflasinya.

“Risiko kemerosotan ekonomi kini semakin berkurangan.

Namun, kenaikan harga semakin meluas dan memerlukan perhatian,” katanya pada sidang media di sini.

Uchida turut menyambut baik perkembangan terbaharu antara Amerika Syarikat dan Iran yang dilihat sebagai langkah positif ke arah meredakan konflik di Asia Barat.

Bagaimanapun, beliau berkata masih terdapat ketidaktentuan mengenai pemulihan bekalan tenaga serta kesannya terhadap harga minyak dunia.

BOJ akan terus memantau perkembangan ekonomi, pasaran kewangan dan kadar inflasi sebelum membuat keputusan lanjut mengenai kadar faedah pada masa hadapan. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.