China komited lindungi kru, kapal di Selat Hormuz

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian ketika sidang media di Beijing / REUTERS

BEIJING, 16 Jun– China menegaskan komitmen untuk terus melindungi keselamatan kru dan kapal milik negara itu yang beroperasi di Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beijing melihat perkembangan antara AS dan Iran sebagai langkah positif ke arah meredakan ketegangan di Asia Barat.
  • Selat Hormuz merupakan laluan pelayaran antarabangsa penting bagi perdagangan global.
  • Memorandum antara AS dan Iran merangkumi usaha membuka semula laluan itu tetapi masih pada peringkat awal dan belum dimuktamadkan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, Beijing melihat perkembangan terbaharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran sebagai langkah positif ke arah meredakan ketegangan di rantau Asia Barat.

“China akan terus berkomunikasi dengan pihak berkaitan dan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi keselamatan kapal serta kru warga China,” katanya pada sidang media di sini.

Menurut beliau, Selat Hormuz merupakan laluan pelayaran antarabangsa yang penting kepada perdagangan global.

Katanya, pemulihan keselamatan dan kebebasan pelayaran di laluan strategik itu adalah demi kepentingan semua pihak.

Memorandum persefahaman yang dicapai AS dan Iran sebelum ini turut merangkumi usaha membuka semula Selat Hormuz kepada pelayaran antarabangsa.

Perjanjian itu bagaimanapun masih berada pada peringkat awal dan belum dimuktamadkan sebagai perjanjian damai menyeluruh. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.