fb fb fb fb fb

Taufan Wipha landa Filipina, dua hilang

Foto VIORY

MANILA, 20 Julai – Sekurang-kurangnya dua individu dilaporkan hilang selepas Taufan Wipha melanda beberapa kawasan di Filipina; menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh, menurut pihak berkuasa tempatan.

Rakaman pada Ahad menunjukkan taufan besar itu berlegar di udara sekitar bandar Laoag, dengan angin kencang dan hujan lebat melanda jalan-jalan utama.

Sementara itu, di Quezon City, bandar paling padat di negara itu, kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan.

Juruelektrik dilihat membaiki kabel elektrik yang berselirat, manakala pekerja majlis bandar raya membersihkan papan iklan tumbang di Katipunan Avenue.

Taufan Wipha yang mencatat kelajuan angin maksimum 100 kilometer sejam telah menjejaskan seramai 96,791 orang, namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Menurut Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA), taufan tersebut telah meninggalkan negara itu pada pukul 10.00 pagi waktu tempatan dan kini bergerak ke arah barat laut menuju tanah besar Asia. -VIORY

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM