fb fb fb fb fb

Taufan Super Ragasa hampiri Filipina dan Taiwan, ribuan diarah pindah

Taufan Co-may mengakibatkan bandar Minalin, utara Manila banjir pada Julai lalu. / Foto REUTERS

MANILA, 21 September – Filipina dan Taiwan mengarahkan pemindahan penduduk pada Ahad menjelang taufan super Ragasa yang semakin kuat ketika menuju ke arah selatan China.

Agensi cuaca Filipina berkata ribut itu dijangka melanda kepulauan kecil Batanes atau Babuyan pada Selasa petang, dengan angin kencang berkelajuan 185 kilometer sejam dan mampu mencecah hingga 230 kilometer sejam.

Pihak berkuasa mengingatkan keluarga di kawasan berisiko banjir dan tanah runtuh supaya berpindah segera, manakala Taiwan bersiap memindahkan hampir 300 orang dari daerah Hualien.

Di Luzon utara, pakar cuaca memberi amaran kesan paling buruk termasuk hujan lebat, banjir besar dan tanah runtuh dijangka bermula malam ini hingga pagi Isnin.

Ibu kota Manila dijangka terselamat daripada kesan langsung, namun ribuan penduduk berhimpun di bandar itu bagi membantah skandal projek kawalan banjir yang didakwa menelan berbilion dolar tanpa disiapkan.

Saintis memberi amaran ribut tropika semakin kuat akibat pemanasan global, sementara Hong Kong turut bersiap sedia menghadapi ombak besar dan tiupan angin kencang pada Selasa dan Rabu. - AFP

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI