fb fb fb fb fb

Serangan Israel jejaskan kehidupan nelayan Sidon

Asap berkepul di lokasi serangan udara Israel ke atas sebuah bangunan di bandar Tyre, selatan Lubnan / Foto AFP

LUBNAN, 8 Oktober- Nelayan di bandar Sidon, selatan Lubnan, tetap berada di darat hari ini selepas Israel memberi amaran tentang serangan di sepanjang pantai negara itu.

Nelayan, Mohammed Bidawi, memaklumkan kepada AFP bahawa pasar ikan di Sidon yang kebiasaannya meriah menjadi sunyi selepas amaran tersebut dikeluarkan.

"Angkatan bersenjata Lubnan tidak membenarkan kami (nelayan) keluar, dan kami menghormati arahan itu. Jika keadaan berterusan, pasar juga akan ditutup," katanya kepada AFP.

Bidawi menambah bahawa konflik antara Israel dan Hizbullah telah menyebabkan sekitar 5,000 hingga 6,000 orang menghadapi kesulitan kewangan.

Seorang lagi nelayan, Issam Haboush, menyatakan kebimbangannya terhadap keluarganya.

"Memancing adalah cara kami menyara anak-anak. Jika kami tidak dapat keluar ke laut, kami tidak akan dapat memberi makan kepada keluarga kami,"katanya.

Terdahulu, Israel memberi amaran bahawa mereka akan memperluas operasi ketenteraan mereka terhadap Hizbullah ke pantai Lubnan.– AFP

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM