LONDON, 1 Januari- Amerika Syarikat (AS) pada Selasa (30 Disember) melancarkan serangan terhadap tiga kapal di perairan antarabangsa yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah.
Menurut kenyataan Komando Selatan AS pada Rabu (31 Disember), kapal-kapal berkenaan bergerak sebagai satu konvoi.
“Serangan pertama mengakibatkan tiga narco-teroris di atas kapal pertama terbunuh. Baki narco-teroris melarikan diri daripada dua kapal lain dengan terjun ke laut sebelum serangan susulan menenggelamkan kapal masing-masing,” menurut kenyataan Southern Command di X.
Kenyataan itu disertai rakaman video serangan terhadap ketiga-tiga kapal.
Reuters tidak dapat mengesahkan secara bebas lokasi atau tarikh rakaman video tersebut. Semakan terhadap rakaman itu juga tidak menemui hasil lama yang berkaitan. -REUTERS
