fb fb fb fb fb

Taiwan tegas pertahankan kedaulatan, susulan tekanan ketenteraan China

Presiden Taiwan, Lai Ching-te/REUTERS

TAIPEI, 1 Januari- Presiden Taiwan, Lai Ching-te menegaskan bahawa pulau itu bertekad mempertahankan kedaulatan dan memperkukuh pertahanan susulan peningkatan pengaruh China, selepas Beijing menembak roket ke arah Taiwan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan.

Dalam ucapan tahun baharu yang disiarkan secara langsung dari pejabat presiden, Lai berkata masyarakat antarabangsa memerhatikan sejauh mana rakyat Taiwan memiliki ketabahan untuk mempertahankan diri.

“Sama ada China boleh mencapai matlamatnya mengikut jadual adalah satu perkara. Tahun 2026 akan menjadi tahun penting bagi Taiwan,” kata Lai, sambil menambah Taiwan perlu “merancang untuk yang terburuk tetapi berharap untuk yang terbaik.”

China mendakwa Taiwan, yang diperintah secara demokratik, sebagai wilayahnya sendiri dan tidak menolak penggunaan kekerasan untuk menundukkan pulau itu.

Bagaimanapun, Taiwan menolak tuntutan Beijing.

Ucapan Lai disampaikan dua hari selepas latihan ketenteraan China bertajuk Justice Mission 2025, yang menyaksikan puluhan roket ditembak ke arah Taiwan serta penyertaan sejumlah besar kapal perang dan pesawat.

Ini sekali gus menimbulkan kebimbangan sekutu Barat termasuk Suruhanjaya Eropah dan Britain. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM