fb fb fb fb fb

Pesawat Qatar hantar makanan & bantuan perubatan ke Lubnan

Foto REUTERS

QATAR, 8 Oktober- Sebuah pesawat Qatar yang membawa makanan dan bantuan perubatan ke Lubnan, berlepas dari pangkalan udara Al Udeid di Qatar hari ini.

Menurut Duta Perancis ke Qatar, Jean-Baptiste Faivre, misi itu adalah sebahagian daripada kerjasama kemanusiaan antara Qatar dan Perancis.

"Kami sedar bahawa situasi di Lubnan sangat sukar, dan Perancis terus berusaha secara diplomatik dengan rakan kongsinya, termasuk Qatar, untuk menghentikan tindakan ketenteraan Israel di Lubnan bagi mematuhi Resolusi No. 1701," katanya kepada REUTERS.

Serangan udara Israel telah menyebabkan 1.2 juta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Lubnan.

Pengeboman Israel yang semakin meningkat di Lubnan telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Lubnan bahawa negara mereka akan mengalami kemusnahan teruk seperti yang berlaku di Gaza.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan puluhan kematian, termasuk 10 anggota bomba yang terbunuh dalam serangan udara terhadap bangunan majlis perbandaran di kawasan sempadan.

Kementerian itu turut melaporkan bahawa kira-kira 2,000 rakyat Lubnan terbunuh sejak konflik Israel-Hizbullah bermula sejak setahun lalu. - REUTERS

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM