fb fb fb fb fb

Gencatan senjata di Lubnan perlu segera dicapai

Josep Borrell / Foto REUTERS

STRASBOURG, 8 Oktober- Keadaan di Lubnan semakin teruk dengan gencatan senjata perlu segera dicapai, kata Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell.

"Menurut angka yang diberikan, kira-kira 20 peratus daripada populasi Lubnan terpaksa berpindah disebabkan konflik Israel-Hizbullah," katanya kepada Parlimen Eropah hari ini.

Terdahulu, Iran memberi amaran kepada Israel supaya tidak melakukan sebarang serangan ke atas negara itu, seminggu selepas Tehran melancarkan peluru berpandu ke arah Israel.

Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, berkata negara itu akan membalas sebarang serangan yang menyasarkan infrastrukturnya.

Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, kira-kira 2,000 rakyat Lubnan terbunuh sejak konflik Israel- Hizbullah bermula sejak setahun lalu.- REUTERS

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM