AUCKLAND, 31 Disember – Rakyat New Zealand antara yang terawal di dunia menyambut kedatangan tahun baharu 2026 dengan pertunjukan bunga api di Auckland pada Khamis.
Pertunjukan bermula dengan kiraan detik 10 saat di Sky Tower setinggi 328 meter, diikuti dengan bunga api yang menerangi langit malam.
Menurut penganjur, bunga api dilancarkan dari tiga aras Sky Tower, dengan 3,500 percikan di sekeliling menara dan melambung setinggi 80 meter di atas menara.
Pertunjukan itu berlangsung selama lima minit dengan lebih 500 kilogram bahan letupan dilancarkan, yang turut menerangi Jambatan Pelabuhan Auckland.-REUTERS
