BRUSSELS, 31 Disember – Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran bahawa ancaman Israel untuk menggantung beberapa pertubuhan bantuan di Gaza mulai Januari berisiko menghalang bantuan “penyelamat nyawa” sampai kepada penduduk.
Ketua Kemanusiaan EU, Hadja Lahbib, menegaskan undang-undang pendaftaran NGO tidak boleh dilaksanakan dalam bentuk sekarang dan bantuan mesti sampai kepada mereka yang memerlukan.
Menurut peraturan baharu itu, NGO perlu mendaftar sebelum 31 Disember bagi memastikan tiada “aktor atau penyokong keganasan” beroperasi di wilayah Palestin.
Israel mengumumkan bahawa organisasi yang enggan menyerahkan senarai kakitangan Palestin mereka akan digantung lesen mulai 1 Januari dan diwajibkan menamatkan semua aktiviti menjelang 1 Mac.
Antara yang disebut ialah Doctors Without Borders (MSF), yang dituduh menggaji dua individu dengan kaitan kumpulan bersenjata Palestin.
Beberapa NGO berkata peraturan baharu itu boleh menjejaskan pengagihan bantuan, kerana jumlah bantuan masuk ke Gaza masih tidak mencukupi.
Walaupun perjanjian gencatan senjata menetapkan 600 lori bantuan sehari, hanya 100 hingga 300 lori yang membawa bantuan kemanusiaan.- AFP
