fb fb fb fb fb

Sistem kesihatan Lubnan bergelut hadapi serangan Israel

Perkarangan hospital Beirut sesak dengan orang ramai/ foto AFP

GENEVA, 3 Oktober - Sistem kesihatan Lubnan sedang bergelut gara-gara tindakan Israel meningkatkan intensiti serangan udara dan darat di negara itu.

Amaran tersebut dikeluarkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

"Angka kematian di Lubnan semakin meningkat, dan hospital dibanjiri dengan pesakit yang cedera," katanya menerusi catatan di akaun "X".

"Sistem kesihatan telah dilemahkan oleh krisis berturut-turut dan sedang bergelut untuk menangani keperluan yang sangat besar," kata Tedros, sambil menambah WHO sedang berusaha meningkatkan responsnya.

Israel mengalihkan fokus perang dari Gaza ke sempadan Lubnan, sejak bulan lepas.

Hampir 2,000 kematian direkodkan sejak minggu lalu ekoran serangan Israel di Beirut dan selatan negara itu.

Menurut Tedros, beliau telah bertemu dengan duta Liga Arab di Geneva untuk membincangkan situasi tersebut.

"Kami bersetuju bahawa pesakit, pekerja kesihatan dan orang awam, termasuk pelarian, mesti dilindungi dan mendapat penjagaan kesihatan yang diperlukan," katanya. -AFP-

Trainee