fb fb fb fb fb

Komander Hamas, keluarga maut dibom Israel di Lubnan

Asap daripada pengeboman zionis di selatan Beirut/foto AFP

BEIRUT, 5 Oktober - Serangan Israel ke atas sebuah kem pelarian di utara Lubnan meragut nyawa seorang komander Hamas dan keluarganya.

Ini merupakan kali pertama kawasan itu diserang sejak perang ke atas Gaza bermula.

Kenyataan kumpulan pejuang pembebasan Palestin itu menyebut, Komander Saeed Attallah Ali, isteri dan dua anak perempuannya maut selepas kediamannya di kem Bedawi, berhampiran utara bandar Tripoli dibom zionis.

Berpuluh-puluh kem pelarian Palestin didirikan di Lubnan untuk penduduk yang terpaksa melarikan diri susulan pendudukan Israel di wilayah Palestin sejak 1948.

Berdasarkan konvensyen yang telah lama diterima pakai, tentera Lubnan tidak masuk campur urusan keselamatan, sebaliknya diserahkan kepada pihak Palestin sendiri. -AFP-

Trainee