BEIRUT, 2 Oktober- Seramai 55 orang terbunuh dan 156 lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas Lubnan dalam tempoh 24 jam lepas, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.
Kawasan Pentadbiran Nabatieh merekodkan 22 kematian diikuti Kawasan Pentadbiran Selatan (16), Baalbek-Hermel (11), serta masing-masing tiga di Beirut dan Gunung Lubnan.
Tentera Israel melancarkan serangan udara intensif yang belum pernah berlaku ke atas Lubnan sejak 23 September lepas.
Sejak 8 Oktober 2023, tentera Israel dan Hezbollah telah saling berbalas serangan di sempadan Israel-Lubnan di tengah-tengah kebimbangan konflik lebih meluas ketika konflik antara Israel dan Hamas berterusan di Gaza. -AFP
BERITA BERKAITAN
- Ketua PBB kecam perluasan konflik di Asia Barat
- 90 peratus misil mengenai sasaran - Iran
- Serangan Iran ke atas Israel berakhir
- Pendekatan AS gagal selesai konflik di Asia Barat
- Iran beri amaran serangan lebih dahsyat terhadap Israel
- Ibu pejabat Mossad di Tel Aviv dibom
- Konflik Israel - Hezbollah fasa baharu?
- Hezbollah sahkan kematian Hassan Nasrallah