MOSCOW, 2 Oktober - Pendekatan diambil Amerika Syarikat untuk menyelesaikan konflik di Asia Barat adalah kegagalan sepenuhnya selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu besar-besaran ke atas Israel.
"Kegagalan sepenuhnya pentadbiran Biden di Asia Barat," kata jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova menerusi hantaran di Telegram.
"Drama berdarah yang hanya mendapat momentum. Kenyataan White House yang tidak bijak menunjukkan ketidakupayaan sepenuhnya dalam menyelesaikan krisis," tambahnya. -AFP
BERITA BERKAITAN
- Enam mati ditembak, ditikam di Tel Aviv
- Iran beri amaran serangan lebih dahsyat terhadap Israel
- Ibu pejabat Mossad di Tel Aviv dibom
- Kawasan pusat beli-belah di Tel Aviv dibom
- Ketua UNICEF 'amat bimbang' situasi kemanusiaan di Lubnan
- Hezbollah sahkan kematian Hassan Nasrallah
- Konflik Israel - Hezbollah fasa baharu?