fb fb fb fb fb

Kawasan pusat beli-belah di Tel Aviv dibom

TANGKAP LAYAR VIDEO REUTERS

RAMAT GAN, 2 Oktober- Kawasan berhampiran sebuah pusat beli-belah di Tel Aviv digegarkan oleh serangan balas peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran ketika ketegangan antara kedua-dua negara memuncak.

Rakaman video yang dikongsi di media sosial semalam menunjukkan detik peluru berpandu mengenai kawasan berkenaan.

Video tersebut memperlihatkan dua peluru berpandu melintasi langit sebelum jatuh di luar sebuah pusat beli-belah di sini timur Tel Aviv dengan sekurang-kurangnya satu daripadanya meletup sebaik sahaja terkena sasaran.

Menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF), peluru berpandu itu dilancarkan dari Iran ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin utama Hezbollah, Hassan Nasrallah dan beberapa individu lain.

Agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim, yang memetik Kor Pengawal Revolusi Islam turut mengesahkan serangan tersebut. 

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA