fb fb fb fb fb

Pencerobohan tentera darat Israel di Lubnan bermula

Kereta kebal Israel memasuki sempadan Lubnan/ foto Reuters

BEIRUT, 1 Oktober - Pencerobohan tentera darat Israel di Lubnan telah bermula.

Menurut tentera zionis, serangan bermula malam Isnin, melibatkan pasukan separa tentera dan komando dari unit elit divisyen 98.

Operasi darat terhad di Lubnan itu menyasarkan kedudukan infrastruktur gerakan Hizbullah berhampiran sempadan.

Sumber tentera Lubnan juga mengesahkan, unit tentera Israel telah melintasi sempadan.

Serta, memaksa pihak tentera Lubnan berundur dari kawasan berkenaan.

Agensi Berita Nasional kendalian kerajaan Lubnan turut melaporkan, tentera rejim melepaskan tembakan artileri berat menyasarkan kawasan sempadan Wazzani.

Sejak dua minggu lepas, Israel melancarkan serangan udara intensif ke atas Lubnan.

Serangan membabi buta itu bukan sahaja mengorbankan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah serta beberapa komander gerakan itu.

Malah, kira-kira seribu orang awam.

Kira-kira sejuta lagi rakyat Lubnan terpaksa melarikan diri. -Reuters-

Trainee