fb fb fb fb fb

Gempa bumi 6.6 magnitud landa Tonga

FOTO HIASAN

Wellington, 2 Oktober- Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda kawasan berhampiran Tonga pagi tadi, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), namun tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Gempa tersebut berlaku pada pukul 9.05 pagi waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer (km) dan berpusat kira-kira 321km di timur laut ibu negara Tonga, Nuku'alofa.

Setakat ini, tiada laporan kerosakan dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengesahkan "tiada ancaman tsunami daripada gempa bumi ini."

Tonga yang terletak di Lingkaran Api Pasifik sering mengalami gempa bumi.

Kawasan itu terkenal dengan aktiviti tektonik yang aktif meliputi Asia Tenggara dan lembangan Pasifik.

SITI AISHAH MD ISA