fb fb fb fb fb

37 lagi terkorban dalam serangan Israel di Gaza

Warga Palestin berjalan berhampiran sebuah rumah yang dibedil Israel di Nuseirat/ Reuters

GAZA, 2 Oktober - Sekurang-kurangnya 37 lagi maut dalam serangan terbaharu Israel di Gaza.

Menurut anggota perubatan Palestin, 13 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban dalam dua serangan rejim zionis ke atas dua buah rumah di Nuseirat.

Satu lagi serangan menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan pelarian Palestin di kawasan kejiranan Tuffaah dekat Gaza City, meragut tujuh nyawa.

Dalam serangan berasingan di Rafah dan Zeitoun, lima warga Palestin terkorban.

Manakala, 12 lagi maut dalam dua serangan berasingan di Khan Yhounis.

Serangan pertama menyasarkan sebuah khemah yang menempatkan pelarian Palestin membabitkan enam kematian.

Sementara itu, serangan kedua ke atas sebuah kenderaan, meragut enam nyawa.

Angka korban keseluruhan akibat keganasan Israel kini mencecah sekurang-kurangnya 41,638 orang manakala 96,460 yang lain, cedera. -Reuters

Trainee