BEIRUT, 2 Oktober- Dua serangan udara Israel mengenai kawasan pinggir selatan Beirut awal pagi tadi, menurut sumber keselamatan Lubnan.
Serangan itu berlaku selepas tentera Israel mengeluarkan arahan baharu agar penduduk di beberapa bahagian kawasan tersebut segera berpindah.
"Dua serangan udara Israel menyasarkan kawasan pinggir selatan Beirut," kata sumber berkenaan yang enggan mendedahkan identitinya kerana tidak diberi kebenaran untuk bercakap kepada media.
Wartawan AFP mendengar beberapa letupan dari kawasan itu, salah satunya sangat kuat, dan melihat asap tebal naik dari lokasi kejadian, yang mana kebakaran turut dilaporkan berlaku.
Israel telah berulang kali menyerang pinggir selatan Beirut sejak minggu lalu yang turut mengorbankan pemimpin utama Hezbollah, Hassan Nasrallah pada Jumaat lepas. -AFP
BERITA BERKAITAN
- Hezbollah sahkan kematian Hassan Nasrallah
- Iran serang Israel
- Pencerobohan tentera darat Israel di Lubnan bermula
- Serangan roket Israel bunuh, cederakan wartawan - Tentera Lubnan
- Israel dapat maklumat awal lawatan Nasrallah ke Beirut sebelum serangan
- Ketua UNICEF 'amat bimbang' situasi kemanusiaan di Lubnan
- Konflik Israel - Hezbollah fasa baharu?