Pemandu van maut dirempuh lori treler terbabas

Foto HIASAN

SIK, 20 Julai – Seorang pemandu van maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Sungai Petani, Kedah, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Treler dipercayai hilang kawalan, terbabas lalu merempuh van dan kenderaan SUV dari arah bertentangan.
  • Pemandu van Hassan Salleh, 60, mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Petani.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 8 pagi di Jalan Jeniang–Bukit Selambau membabitkan lori treler, van dan kenderaan utiliti sukan (SUV)

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan dalam kenyataannya berkata kemalangan berlaku ketika treler melalui satu selekoh dari arah Jeniang menghala ke Bukit Selambau.

“Treler terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan merempuh van serta kenderaan SUV dari arah bertentangan.

Akibat kejadian itu, pemandu van Hassan Salleh, 60, mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Pemandu kenderaan SUV yang cedera merupakan Datin Norasima Md. Nowar, 46, isteri kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Turut cedera, pemandu treler berusia 33 tahun.

Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultan Abd Halim Sungai Petani untuk proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga mangsa.

Kes disiasat di bawah Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.